Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Wednesday, June 16, 2010

POTRET PERIBADI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Chamil Wariya. Potret Peribadi Abdullah Ahmad Badawi. 2006. KL: Media Global Matrix Sendirian Berhad.

Halaman: 164 * Kulit Tebal * Tebal: 1.6 sm

"Buku ini adalah paparan kisah-kisah menarik Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi sebagai insan biasa yang ditulis oleh pengarang Chamil Wariya yang mengenali beliau selama 35 tahun. Ia menceritakan tahun-tahun Abdullah membesar di Kepala Batas ketika belajar di Sekolah Melayu Permatang Bertam, Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Methodist Boys School di Pulau Pinang. Buku ini juga memberi gambaran tentang hubungan Abdullah dengan ayahandanya, Datuk Ahmad Badawi, ibundanya, Datuk Khailan Hassan dan nendanya, Syeikh Abdullah Fahim yang banyak mempengaruhi pembentukan keperibadian Abdullah pada peringkat awal sehingga beliau tampil sebagai Mr. Nice Guy dan a man of God and man of family setelah dewasa."

Harga Jualan: RM 60.00
Harga tokobukumaya: RM 40.00
(kongsibuku tokobukumaya)

No comments:

Post a Comment