Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Saturday, June 12, 2010

NOORDIN SOPIEE: A MAN & HIS IDEAS

Noordin Sopiee; A Man & His Ideas - Selected Writings and Speeches. 2006. KL: Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia.

Halaman: 708 * Kulit Tebal * Tebal: 4.5 sm

Buku terbitan ISIS ini diedit oleh Mohamed Jawhar Hassan, mengandungi kertas kerja dan rencana terpilih oleh  Tan Sri Dr. Noordin Sopiee yang disampaikan pada pelbagai majlis dan acara, sewaktu beliau masih bersama New Straits Times Press. - pengendali tokobukumaya.

" Noordin was a prolific writer. He was always in the midst of writing something, or researching for it. Writing came naturally to him. He was a wordsmith with a flair for a fine turn of phrase. Those who scrutinize his works will also discern a style unique to him. One of his many friends, Sukhumbhand Paribatra (former Deputy Foreign Minister of Thailand), once referred to it, in jest, as "Noordinesque". Whatever Noordin wrote on or spoke about, it was never uninteresting.

This collection showcases his fertile mind and breadth of knowledge. He was literate in many fields, and wrote intelligently on a wide range of topics..." - Mohamed Jawhar Hassan.

Harga tokobukumaya: RM 80.00

No comments:

Post a Comment