Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Thursday, May 6, 2010

PEMBIKINAN FILEM IMPAK MAKSIMA

Fariza Hj. Saidin. Pembikinan Filem Impak Maksima. 2008. Selangor: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Halaman: 140 * Kulit Nipis * Tebal: 1.25 sm

Untuk peminat-peminat filem Impak Maksima, buku anggun menawan ni harus  dimiliki untuk mengenal siapakah mereka yang bekerja keras di balik kejayaan filem ini, dan miliki gambar-gambar yang mungkin tidak terdapat dalam filem. - pengendali tokobukumaya.

"Di sebalik tabir tersingkapnya satu realiti."

Harga tokobukumaya: RM 40.00

THE SECRET

Rhonda Byrne. The Secret. 2006. USA: Beyond World Publishing.

Halaman: 198 * Kulit Tebal * Tebal: 2.0 sm

Banyak fragmen daripada Great Secret dapat ditemui dalam kesusasteraan, agama dan falsafah berabad yang lalu. Buat pertama kalinya, The Secret mengumpukan kesemua ini di dalamnya. Melalui buku ini, anda dapat menilai segala aspek kehidupan - harta, kekayaan, perhubungan, kebahagiaan dan segala interaksi dalam dunia ini. Jom sama-sama kongsi ilmu! - pengendali tokobukumaya.

" It has been passed down through the ages, highly coveted, hidden, lost, stolen, and bought for vast sums of money. This centuries-old Secret has been understood by some of the most prominent people in history: Plato, Galileo, Beethoven, Edison, Carnegie, Einstein - along with other inventors, theologians, scientists and great thinkers. Now The Secret is being revealed to the world.

'As you learn The Secret, you will come to know how you can have, be, or do anything you want. You will come to know who you really are. You will come to know the true magnificence that awaits you in life.' "- from the Introduction

Harga Jualan: US $ 23.95
Harga tokobukumaya: RM 50.00
(*kongsibuku tokobukumaya)

SOMETHING TO DECLARE

Julian Barnes. Something to Declare. 2002. UK: Picador.

Halaman: 318 * Kulit Nipis * Tebal: 2.6 sm

"The essay collected here, written over a twenty-year period, attest to his cleared-eyed appreciation of the Land Without Brussels Sprouts. He ranges widely, from landscape to literature, food to Flaubert, film and song to the Tour de France. His humor, timing and intelligence never falter. When picador published his Letters from London, the Financial Times called him 'our finest essayist'. Something to Declare confirms that judgment: it is a great literary delight."

Harga tokobukumaya: RM 30.00
(*kongsibuku tobukumaya)

THE LITERARY REVIEW

An International Journal of Contemporary Writing. The Literary Review - New Danish Writing (Voices from The Blue Port & Beyond). 2008. USA: The Literary Review.

Halaman: 211 * Kulit Nipis * Tebal: 1.5 sm

Himpunan sekian banyak puisi-puisi terpilih The Literary Review. - pengendali tokobukumaya.

"Many Danish writers enjoy international reputations. Four in this issue - Peer Hultberg in 1993, Pia Tafdrup in 1999, Henrik Nordbrandt in 2000, and Naja Marie Aidt in 2008 - are winners of the Nordic Council Literature Prize, the highest distinction a Scandinavian author can receive in the five Nordic countries..."

Harga Jualan: US $ 7.00
Harga tokobukumaya: RM 15.00

Saturday, May 1, 2010

SASTERA ISLAM CITRA NURANI UMMAH

Mohamed Anwar Omar Din (sunt). Sastera Islam Citra Nurani Ummah. 2004. KL: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Halaman: 304 * Kulit Nipis * Tebal: 1.6 sm

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu V (SAKM V) yang diadakan bertempat di Kota Bharu, Kelantan. - pengendali tokobukumaya.

"Konsep Sastera Islam di alam Melayu dibentuk oleh "Kiyal Cabul", diketuai oleh Hamka, di Medan, pada 1930-an. Di Malaysia, wacana sastera Islam yang bersifat konseptual mula-mula muncul pada tahun 1965 oleh Yusof Zaki dalam kertas kerjanya, yang dibentangkan pada Hari Sastera di Kota Bharu. Walau bagaimanapun, gelombang besar perbicaraan mengenainya timbul ekoran daripada polemik antara Shahnon Ahmad dengan Kasim Ahmad pada dekad 1980-an."

Harga Jualan: RM 40.00
Harga tokobukumaya: RM 30.00

DONGENG SANG PUTERI

Wan Ahmad Ismail. Dongeng Sang Puteri (Sebuah Antologi Puisi, Cerpen dan Drama). 2005. Terengganu: Wahwi Production House.

Halaman: 111 * Kulit Nipis * Tebal: 0.7 sm

Penulis memiliki ijazah dalam Teater, Sastera dan Sains Politik dari USM Pulau Pinang. Pernah menimba pengalaman di Indonesia dalam Penataran Sastera Teater anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dongeng Sang Puteri memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001.- pengendali tokobukumaya.

Harga tokobukumaya: RM 10.00
(*kongsibuku tokobukumaya)

KOMEDI DALAM TRILOGI DRAMA ZAKARIA ARIFFIN

Rosna Mohd. Khalid. Komedi Dalam Trilogi Drama Zakaria Ariffin. 2006. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Halaman: 140 * Kulit Nipis * Tebal: 0.9 sm

"Buku ini memperkenalkan kepada  pembaca teori komedi yang dikaji dari sumber asslinya dan ditambah dengan pelbagai sumber sekunder. Wadah yang terdapat dalam buku ini adalah pemula yang serius untuk menilai elemen komedi dalam genre drama dengan memanfaatkan penampilan tiga buah skrip drama karya pengarang lakon Zakaria Ariffin..."

Harga Jualan: RM 25.00
Harga tokobukumaya: RM 15.00
(*kongsibuku tokobukumaya)

MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN

Maznah Hamid, Datuk. Motivasi Memburu Kejayaan. 2006. KL: Maznah Motivational Centre.

Halaman: 280 * Kulit Nipis * Tebal: 2.1 sm
* Penanda buku disertakan.

Buku ini melorongkan jalan untuk kita mengenali siapa diri kita sebenarnya, menyelami bakat dan potensi diri dan bagaimana membangunkannya, menyediakan diri ke arah mencipta kejayaan, merubah dan membentuk sikap yang positif, menentukan arah dan laluan hidup, mencari formula penyelesaian masalah, mencipta kebahagiaan dan ketenteraman hidup, mencari anak kunci kecemerlangan hidup dan kerjaya melalui keseronokan bekerja, memahami pengertian manusia bergelar usahawan, merebut peluang kekayaan dan petua-petua kejayaan. - pengendali tokobukumaya.

"Buku yang MESTI dibaca dan dimiliki oleh mereka yang ingin mencipta KEJAYAAN, KECEMERLANGAN, KEBAHAGIAAN dan KEKAYAAN melalui petua, formula, strategi yang terbukti keberkesanannya..."

Harga tokobukumaya: RM 50.00

MALAYSIA

Chamil Wariya. Malaysia - Asas Pembinaan Negara Bangsa, Institusi Pemerintahan, Lambang Kebangsaan. 2010. KL: Media Global Matrix Sendirian Berhad.

Halaman: 361 * Kulit Nipis * Tebal: 1.8 sm

Chamil Wariya merupakan Pemenang Hadiah Khas Juri Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2005. Buku ini memuatkan fakta-fakta asas kenegaraan yang berguna sebagai panduan bagi sesiapa yang berminat tentang perjalanan yang telah dilalui oleh Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia meliputi maklumat umum yang menjadi paksi pembinaan sebuah negara, institusi pemerintahan cabang legislatif, eksekutif dan judiciari, dan lambang kebangsaan. - pengendali tokobukumaya.

"Judul asal buku ini ialah Malaysia 50 Fakta Asas Kenegaraan yang pertama kali diterbitkan sempena setengah abad kemerdekaan negara pada 2007 dan diulang cetak pada 2008. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, buku ini saya terbitkan semula dengan judul baru - Malaysia - asas pembinaan negara-bangsa, institusi pemerintahan dan lambang kebangsaan..." Chamil Wariya.

Harga Jualan: RM 65.00
Harga tokobukumaya: RM 50.00
(*kongsibuku tokobukumaya. 
Terdapat tandatangan penulis.)

SURAT DARI AUSTRALIA

Alias Mohamed, Dr. Surat Dari Australia. 2009. KL: Gateway Publishing House Sdn. Bhd.

Halaman: 184 * Kulit Nipis * Tebal: 1.5 sm

Dr. Alias kini bergerak dalam pergerakan kewartawanan dan pendidikan. Memiliki ijazah Ph.D (Jabatan Sejarah), Universiti Malaya dan MA (Sains Politik) daripada University of New Brunswick, Kanada. - pengendali tokobukumaya.

"Surat Dari Australia sebenarnya adalah hasil galakan Allahyarham Tan Sri Samad Ismail. Beliau mengambil berat dengan menyiarkan corat-coret tulisan saya yang dikirimkan dari Australia dalam tahun 1974 dalam Berita Harian/Berita Minggu. Pada waktu itu saya menjadi wartawan" News Straits Times..." Dr. Alias Mohamed

Harga tokobukumaya: RM 20.00
(*kongsibuku tokobukumaya)

WAWANCARA DENGAN INTELEKTUAL MELAYU

Alias Mohamed, Dr. Wawancara Dengan Intelektual Melayu. 2009. KL: Gateway Publishing House Sdn. Bhd.

Halaman: 188 * Kulit Nipis * Tebal: 1.4 sm

Dr. Alias pernah menjadi wartawan Berita Harian dan News Straits Times dan selepas itu dilantik sebagai Anggota Sidang Pengarang akhbar Merdeka, milik UMNO Malaysia.Kini Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu Kelantan (PWMK).

Antara buku-buku beliau ialah Pas's Platform: Development and Change, 1951-1986, Wasiat Nasionalisme Melayu, Ghafar - A Biography, Abu Bakar Hamzah dan Kenangan, Ssatera dan Politik  Penulis, Akhbar dan Gapena dan Inteligensia Melayu Kelantan.

Buku ini mengandungi tulisan oleh tujuh individu yang diwawancara iaitu Dato' Haji Dusuki Haji Ahmad, Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Huusien, Prof. Dr. Khadijah Muhamed, Prof. Dr. Abdul Maulud Yusof, Prof. Madya Mohd Dahlan Haji Aman, Prof Dr. Mohd Kamal Hassan dan Datuk Mohamed Noor Azam. - pengendali tokobukumaya.

Harga tokobukumaya: RM 20.00
(*kongsibuku tokobukumaya)

SASTERA DAN POLITIK

Alias Mohamed. Sastera dan Politik (Penulis, Akhbar dan Gapena). 2005. KL: Gateway Publishing House Sdn. Bhd.

Halaman: 266 * Kulit Nipis * Tebal: 1.8 sm

Dr. Alias pernah menjadi pensyarah di UM, Ketua Penyelidikan dan Penilaian, Bahagian Penerangan Luar Negeri, Wisma Putra, kemudian dilantik Attache Penerangan di Kedutaan Malaysia, Ottawa, Canada dengan jawatan Setiausaha Pertama. Pernah menjadi wartawan Berita Harian dan News Straits Times dan selepas itu dilantik sebagai Anggota Sidang Pengarang akhbar Merdeka, milik UMNO Malaysia.Kini Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu Kelantan (PWMK). - pengendali tokobukumaya.

"... Sebagai aktivis, pemerhati dan pengkaji dalam bidang penulisan dan politik, saya beranggapan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap beberapa persoalan mengenai penulisan dan kesusasteraan serta isu-isu politik berkaitan dalam buku ini adalah sesuai dan relevan untuk dikongsikan bersama..." Alias Mohamed

Harga tokobukumaya: RM 30.00
(*kongsibuku tokobukumaya)