Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Wednesday, June 16, 2010

AGELESS

Suzanne Somers. Ageless: The Naked Truth About Bioidentical Hormones. 2006. US: Crown Publishers.

Halaman: 427 * Kulit Tebal (Jaket) * Tebal: 3.6 sm

Ramai yang bimbang untuk menghadapi hari tua, tidak kira lelaki dan wanita Pelbagai ubat-ubatan digagahcari untuk melawan proses penuaan, tanpa mendalami ilmu tentang hormon dan biologi tubuh badan. Ramai yang jadi mangsa penipuan anti penuaan dan macam-macam lagi. Apakata kita menyelak lembaran buku ini untuk mendapat sedikit pencerahan tentang penuaan dan hubungannya dengan hormon.  - pengendali tokobukumaya.

"The second half of your life can be better than your first half. A better life, a healthier life, a life of youthful energy comes from embracing antiaging medicine, and bioidentical hormone replacement is a big component... The second half of life can be wonderful. I know it because I am living it. This new approach to health gives you back your lean body, shining hair, and thick skin, provided you are eating correctly and exercising in moderation. This new medicine allows your brain to work perfectly and offers the greatest defense against cancer, heart attack, and Alzheimer's disease. Don't you want that?" - From the Introduction

Harga Jualan: US $ 25.00
Harga tokobukumaya: RM 80.00

No comments:

Post a Comment