Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Wednesday, January 13, 2010

TEATER MELAYU

Kamaluddin Abd. Rahman, Teater Melayu: Suatu Risalah Pemikiran Melayu. 2007. Kuala Lumpur: DBP.

Halaman: 230 * Kulit Nipis * Tebal: 1.2 sm

Bukan senang untuk menatap putih rona kehidupan dalam zaman tiga serangkai. Semua ini dapat dirasai dalam sebuah buku. Bagaimana bangsa Melayu membuat percaturan di atas pentas? Terserlahkah pemikiran di sebalik ekspresi wajah. Berjayakah karyawan dalam tiga zaman mementaskan kehidupan, dan berjayakah mereka membawa khalayak kepada pentas yang sebenar di "sana"? - pengendali tokobukumaya

"Zaman Realisme (1960-an), zaman Bangsawan (1870-an) dan zaman Sandiwara (1900-an) adalah zaman tiga serangkai yang saling berkaitan di antara satu dengan yang lain. Setiap zaman mengalami perkembangan dan perubahan berikutan pengaruh corak hiburan dari luar, namun orang Melayu masih boleh menerima arus perubahan ini walaupun terpaksa merombak corak persembahan dari zaman sebelumnya. Walaupun demikian, penggabungan ketiga-tiga zaman ini telah cuba disepadukan oleh orang Melayu berasaskan perubahan proses pemikiran orang Melayu itu sendiri. Turut dikupas ialah struktur masyarakat orang Melayu, agama dan kepercayaan serta politik mereka dalam usaha menyelami bukan sahaja pemikiran tetapi juga sikap orang Melayu terhadap perkembangan teater tanah air sehingga kini."

Harga Jualan: RM 20.00
Harga tokobukumaya: minimum RM 15 (pernah dimiliki, telah dibelek dan tandatangani oleh seorang penulis skrip.)

DECODING THE HUMAN BODY-FIELD

Peter H. Fraser and Harry Massey with Joan Parisi Wilcox, Decoding the Human Body-Field: The Science of Information as Medicine. 2008. Kanada: Healing Arts Press, Rochester, Vermont.

Halaman: 406 * Kulit nipis * Tebal: 2.5 sm

Seringkali kita tidak mengenal anggota tubuh badan sendiri, apatah lagi mengetahui secara rinci sistem dan hikmah Allah mencipta bentuk tubuh manusia sedemikian rupa. Jarang daripada kita ambil tahu semua ini, tatkala sarjana dan saintis Barat berlumba-lumba memahirkan diri dalam ilmu dan bidang yang sebenarnya amat mendekatkan diri manusia kepada Pencipta-Nya. Kalau sakit, makan ubat, sebaliknya kita tidak tahu apa yang tubuh dan jiwa kita perlukan.

Sebagai insan yang cintakan ilmu, buku ini seharusnya jadi miliki wajib, agar sentiasa bersyukur dijadikan manusia yang tarafnya boleh melampaui taraf malaikat, atau jadi setaraf binatang. Bagaimana? - pengendali tokobukumaya

"... Information is an important as energy in the universe, and Fraser and Massey show that it is as important in the human body as well. As a cosmic information field directs natural processes in the universe, so in the living organism the biofield directs the way the body works: it is the "information-software" that directs the organism's "energy-hardware."- Ervin Laszlo, author of Science and the Akashic Field: An Integral Theory of Everything.

Harga Jualan: $ 18.85
Harga tokobukumaya: bermula RM 50 (pembida tertinggi akan memiliki buku ini. Tarikh bidaan tamat pada Tahun Baru Cina 2010)
(Stok berbaki 2 buah)

ZAMAN KLASIK DI NUSANTARA

Bambang Budi Utomo dan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Nusantara. 2008. Kuala Lumpur: DBP.

Halaman: 716 * Kulit Nipis *Tebal: 4 sm

Gabungan dua insan dari dua negara, seorang pakar arkeologi, dan seorang lagi ahli akademik. Dalam kemelut yang sering melanda kedua-dua buah negara, diharapkan buku ini jadi penyatunya - pengendali tokobukumaya.

"Buku ini merupakan hasil kajian semula tapak-tapak yang dilaporkan sebelum ini dan hasil mutakhir tentang arkeologi di Sumatera sejak tahun 1984. Tapak-tapak yang dikunjungi dan dikaji hampir selama 20 tahun ini merupakan tapak-tapak yang terdapat di wilayah Sumatera Utara, Riau, Sumatera Barat, Jambi, Sumatera Selatan dan Lampung.

Buku ini ditulis oleh dua orang pakar arkeologi yang dikenali di Indonesia dan Malaysia, iaitu Bambang Budi Utomo dan Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman."

Harga Jualan: RM 60.00
* Harga Promosi Sempena Hari Lahir Pengendali tokobukumaya: RM 40.00
(Stok berbaki 3 buah)