Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Sunday, April 25, 2010

THE TRAGEDY THAT DIDN'T HAPPEN

Marie-Aimee Tourres. The Tragedy That Didn't Happen. 2003. KL: Institute of Strategic and International Studies Malaysia.

Halaman: 338 * Kulit Nipis * Tebal: 1.8 sm.

Tahun 1997 adalah tahun yang buruk dalam sejarah Asia. Sebahagian besar benua diserang asap tebal dan menyesakkan ekoran kebakaran di Sumatra dan Kalimantan. Ditambah pula cuaca yang tak bermusim, panas dan kering yang menyebabkan fenomena El Nino. Pada masa yang sama juga , keadaan ekonomi menambah burukkan keadaan. Malaysia salah satu negara yang terlibat dalam krisis ini..Banyak negara yang mengalah dan kalah pada situasi ini, namun tidak Malaysia. Andaian kepada beberapa keburukan kesan krisis ini tidak berlaku kepada Malaysia. Apakah andaian itu dan bagaimana Malaysia tetap berdiri kukuh dengan tawaran dan tekanan kuasa besar? - pengendali tokobukumaya.

“Following September 1998, we were roundly condemned as stupid people who do not understand finance... we were told we would fall flat on our faces and have them rubbed in the mud as well. Our economy would collapse. We would be begging for help from the IMF and the whole financially civilized world... Today Malaysia is doing nicely, thank you."

Harga tokobukumaya: RM 40.00.

No comments:

Post a Comment