Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Friday, April 23, 2010

THE NEW MARKET WIZARDS

Jack D. Schwager, The New Market Wizards: Conversations with America's Top Traders . 1992. USA: Harper-Collins Publishers.

Halaman: 493 * Kulit Nipis * Tebal: 3.3 sm

Buku yang mempunyai glosari dunia perniagaan di halaman akhirnya ini adalah hasil oleh penulis yang pernah menulis Market Wizards. Ulasan USA Today mengenai buku ini "A blast to read... Readers will pick up plenty of trading tips."

Ia memetik kata-kata Primo Levi "More is learned from one's errors than from one's successes" dan kata William Blake "I must create a system or be enslaved by another man's". - pengendali tokobukumaya.

 Dalam mukaddimah buku ini, penulis bermula dengan lapan kepercayaannya seputar dunia dagang dan pasaran. Dipetik dua daripada kepercayaan itu, dan keenam-enam lagi dapat dibaca setelah anda memiliki buku ini.

"Here's what I believe:
1. The markets are not random. I don't care if the number of academicians who have argued the efficient market hypothesis would stretch to the moon and back if laid end to end; they are simply wrong.
2. The markets are not random, because they are based on human behavior, and human behavior, especially mass behavior, is not random. It never has been, and it probably never will be.

Harga Jualan: US $ 17.00, Canada $23.95
Harga tokobukumaya: RM 30.90
.

No comments:

Post a Comment