Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Friday, April 23, 2010

THE ESSENTIAL JOHN NASH

Harold W. Kuhn and Sylvia Nasar (Editor), The Essential John Nash. 2007. UK: Princeton University Press.

Halaman: 244 * Kulit Nipis * Tebal: 1.6 sm

John Nash adalah penerima Anugerah Nobel dalam bidang ekonomi pada tahun 1994. Melalui buku ini kita pembaca dapat meneliti betapa tekunnya Nash dalam bidangnya - matematik, yang dihubungkaitkan dengan percaturan ekonomi dunia. Terdapat gambar-gambar manuskrip bertaip buku asal beliau. - pengendali tokobukumaya.

"When John Nash received the Nobel Prize in economics in 1994, many people were surprised to learn that he was alive and well. Since then, Sylvia Nasar's celebrated biography A Beautiful Mind has revealed the man. The essential John Nash reveals his work - in his own words. This volume lets readers experience for themselves the extraordinary range and power of nash's contributions to diverse branches of mathematics, from Riemannian geometry and partial differential equations to game theory. Included are nine of Nash's most influential papers, most of them written over the decade beginning in 1949. All those inspired by Nash's dazzling ideas will welcome this opportunity to trace them back to the exceptional mind they came from. " - Chris Giles, Financial Times.

Harga Jualan: RM90.00
Harga tokobukumaya: RM 30.00
.

No comments:

Post a Comment