Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Friday, April 23, 2010

PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI

Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri Edisi Khas. 2009. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halaman: 142 * Kulit Nipis * Tebal: 1.0 sm

Hasil karya Za'ba ini menyimpulkan kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Menurut Za'ba kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya kerana mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain.

Apa lagi agaknya yang kurang dengan orang Melayu? Buku ini menyenaraikan kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki, sekaligus sebagai penunjuk arah kepada muhasabah diri dan bangsa, agar tidak terus alpa dan ditinggalkan bangsa-bangsa lain. - pengendali tokobukumaya.

"Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya. Kekayaan Pendeta kepingt-keping kertasnya. - Za'ba."

Harga Jualan: RM 15.00
Harga tokobukumaya: RM10.00
.

4 comments:

  1. wsalam,
    ada. sila bagi alamat saudara.

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera, buku ni masih ada lagi? Saya berminat untuk dapatkan.

    ReplyDelete
  3. saya nak beli cam maner?.
    whassap : 016 6182766

    ReplyDelete
  4. Nak Pesan buku Za'ba ni..whatsapp 013-7532553

    ReplyDelete