Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Friday, April 23, 2010

THE ESSENTIAL GUIDE TO HERBAL SAFETY

Simon Mills, Kerry Bone, The Essential Guide to Herbal Safety. 2005. USA: Elsevier Churchill Livingstone.

Halaman: 684 * Kulit Tebal * Tebal: 3.0 sm

Sebuah lagi hasil karya oleh dua orang penulis yang pernah menghasilkan Principles and Practice of Phythotheraphy. Buku ini memuatkan ilmu-ilmu berkaitan herba dan pengunaannya untuk kehidupan, sebagai alternatif perubatan yang terlalu banyak bergantung kepada bahan kimia dan dadah. Dalam pendahuluan buku ini menyatakan, dianggarkan 70% doktor perubatan di Jerman menpreskripsi produk-produk herba, manakala di Perancis pula sebanyak 10%. 

Namun adakah penggunannya selamat? Siapa yang tidak sayangkan nyawa? Kerana selama ini kita sudah  biasa dan percaya pada  perubatan moden yang menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi pelbagai jenis dadah. 
Mencadangkan alternatif kepada perubatan yang sedia pakai perlulah fakta dan bukti. Justeru itu, buku ini memberi jawapan kepada kerisauan dan pertanyaan anda seputar penggunaan herba dalam perubatan. - pengendali tokobukumaya

This comprehensive guide offers:
* The most current and authoritative information on safety issues in herbal medicine.
* Twelve chapters on safe herbal use as well as 125 well researched monographs on commonly used herbs.
* Clear information on using the most current evidence-based reviews, with factors that influence herbal safety including negative placebo effects (nocebo), various types of unpredictable effects, the basis for interactions between herbs and drugs, and quality issues...

Harga Jualan: RM 189.90
Harga tokobukumaya: RM 49.90
.

No comments:

Post a Comment