Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Friday, April 23, 2010

MAHABRATHA


Krishna Dharma, Mahabratha. Cetakan Keenam, 2007. USA: Torchlight Publishing, Inc.

Halaman: 941 * Kulit Tebal * Tebal: 5.4 sm

Epik spiritual terbesar ini diceritakan semula oleh Krishna Dharma, ahli teologi  dan penyiaran, yang mempunyai keistimewaan dalam memasyarakatkan  Vedas, tulisan berkaitan Sanskrit lama melalui buku-buku, syarahan, seminar dan bengkel.

Buku ini memenangi layak memasuki peringkat akhir  Benjamin Franklin Award.  - pengendali tokobukumaya.

"Mahabratha plunges readers into a wondrous and ancient world of romance and adventure. In this exciting new rendition of the renowned classic, Krishna Dharma retells this epic as a fast-paced novel, but fully retains the majestic mood of the original. A powerful and moving tale, it recounts the history of the five heroic Pandava brothers and their celestial wife. Cheated of their kingdom and sent into exile by their envious cousins, they set off on a fascinating journey on which they encounter mystical sages, mighty kings, and host of gods and demons.

Profound spiritual themes underlie the enthralling narrative, making it one of the world's most revered texts. Culminating in an apocalyptic war, Mahabratha is a masterpiece of suspense, intrigue, and illuminating wisdom."

Harga Jualan: US $39.95
Harga tokobukumaya: RM80.00
.

No comments:

Post a Comment