Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Tuesday, April 27, 2010

THE 7-DAY BACK PAIN CURE

Jesse Cannone. The 7-Day Back Pain Cure. 2009. USA: Innovation Press.

Halaman: 195 * Kulit Nipis * Tebal: 1.3 sm.

 Pada kulit buku ini tercatat "How Thousands of People Got Relief Without Doctors, Drugs, Surgery". Manusia semakin tahu bahawa tubuh memerlukan penyembuhan dari kesakitan secara fitrah. Ubat-ubatan da pembedahan yang selama ini menguasai bidang perubatan seluruh dunia semakin dielakkan kerana ia hanya  mengurangkan kesakitan tanpa menghilangkan secara keseluruhan; atau menyembuhkan secara  dengan memberi kesan sampingan lain. Kerana itulah kita sering dengar istilah penyakit tiga dalam satu, ta au penaykit berangkai. Kita tidak mahu semua itu. Bagaimana caranya? Mungkin sesetengah orang tidak yakin akan keupayaan berubat tanpa ubat dan pembedahan. Cuba selongkar saranan dan bukti dalam buku ini. - pengendali tokobukumaya.

“Most people throw out their back and think that's why their back hurts, but nothing could be further from this truth. Discover underlying, hidden, causes of back pain - where pain really comes from and how to stop it once and for all fast.

Popular treatment approach like pain medication, muscle relaxation, steroid injections, surgery, chiropractic treatments, acupuncture, and massage therapy may be helpful in relieving pain temporarily, but they often fail to deliver lasting relief because they don't address what's actually causing the pain.

The secret to fast, long lasting relief is to focus your treatment on addressing the hidden causes of your pain, not just the symptoms, and The 7-Day Back Pain Cure shows you how."

Harga Jualan: US $ 14.95
Harga tokobukumaya: RM 30.00.

No comments:

Post a Comment