Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Wednesday, April 28, 2010

REMEMBERING WHOLENESS

Carol Tuttle. Remembering Wholeness (A Personal Handbook for Thriving in the 21st Century). 2002. USA: Sea Script Company.

Halaman: 339 * Kulit Nipis * Tebal: 2.5 sm.

Dalam buku ini, Carol Tuttle menjawab persoalan berkaitan takdir, penyembuhan secara segera, siapakah Tuhan, adakah malaikat dapat membantu, bagaimanakah mahu menyambung hidup setelah nyawa dirasakan di penghujung dan pelbagai lagi persoalan yang mungkin juga sering berlegar di minda kita. - pengendali tokobukumaya.

“Remembering Wholeness is the ultimate spiritual self-help book. It will change your life - and your world. This book is clear, powerful and filled with light. Carol is an inspired healer who walks her talk and whose words have an immediate transforming effect"- Lynne Finney, Author of Windows to the Light and Clear Your Past, Change Your Future .

Shy afflicted with a stutter, and struggling with his sexuality, Will Parker comes to New York to escape the provincial western towns where he grew up. In New York, he finds himself surrounded for the first time by people who understand and celebrate his quirks and flaws.."

Harga Jualan: USA: $ 17.95
Harga tokobukumaya: RM 40.00.

No comments:

Post a Comment