Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Friday, April 23, 2010

SPECIALTY POLYMERS

Faiz Mohammad, Specialty Polymers: Materials and Applications. 2007. UK: Anshan Ltd.

Halaman: 588 * Kulit Tebal * Tebal: 3.2 sm

Himpunan kajian oleh 37 orang sarjana tentang kepentingan polimer dan penggunaannya. Ahli kimia, saintis kebendaan, jurutera dan pakar teknologi bergabung tenaga dan bergerak secara sinergi untuk membuat kajian tentang polimer dan pembangunan kerja-kerja berkaitan.

Banyak lagi pencarian yang dapat ditemui jika usaha sebegini diteruskan secara giat, seterusnya memudahkan hidup manusia dalam mencapai ketamadunannya. Di samping penemuan-penemuan hasil kajian, manusia juga akan menemui pada akhirnya bahawa ada Si Pencipta kepada alam ini. Seperti kata Krasel, Cornelius " Science is a game we play with God, to find out what his rules are". Sungguh, semakin berilmu seseorang itu, semakin dia hampir kepada Tuhannya. - pengendali tokobukumaya

"The synthetic counterparts of natural polymeric materials are now finding applications that are light weight, mechanically strong and environmentally stable in sheets, fibers, films, adhesives, paints and foams. They have replaced most of the commodity and structural materials. The systematic research on the preparations, characterization and utilization of plastics has resulted in newer polymers of much better quality...

This book thoroughly covers today's rapidly growing topics on the specialty polymers and their applications in most sophisticated and specialized areas. It gives up-to-date in-depth knowledge and extremely comprehensive details of the chemistry, physics, material science, technology and device applications of specialty polymers."

Harga Jualan: RM 89.90
Harga tokobukumaya: RM 49.90
.

No comments:

Post a Comment