Jiwa Buku

Buku bercetak atau buku elektronik? Kad bercetak atau kad elektronik? Masing-masing ada kelebihan. Saya lebih sukakan buku yang dapat dibelek seperti gambar di atas, berbanding buku yang dibelek dengan menggunakan cursor dan tetikus. Oh indahnya melihat buku terbuka.
Setiap kali ditanya pada setiap orang, masing-masing ada pandangan sendiri, ada yang suka barang berbentuk elektronik, namun masih ramai yang memilih untuk memiliki buku atau kad dalam bentuk konvensional.
Bukan semua barang boleh dielektronikkan, kalau tidak masakan penerbit dan kedai buku masih hidup sampai sekarang. Buku dan bahan bercetak punya nilai sentimentalnya sendiri.
Alangkah indah menerima kiriman atau hadiah buku daripada seseorang, apatah lagi orang tersayang. Buku tersebut akan dipeluk, dikilik, dibelek dengan hati-hati dan dibaca penuh adab membaca buku. Hal itu semua tidak boleh dilakukan pada kiriman atau hadiah elektronik.
Kami di PUTIH RONA DAGANG memahami hasrat penerima dan pemberi. Bahagia dan ceriakanlah jiwa orang yang anda sayang dengan memilih sebuah buku daripada toko buku maya kami, dan kami akan mengeposkan SECARA PERCUMA pesanan anda yang bernilai RM 50 ke atas kepada orang yang anda sayang.
Semoga buku kiriman anda dipeluk dan dinikmati oleh tuannya, sebagai pengganti diri yang jauh di mata. Dan semoga si dia memenuhkan minda dengan ilmu yang berfaedah dari teman jiwanya.
Selamat memiliki, dan selamat membaca.


Nak beli.. nak beli buku!

Ya... nak buku mana tu?
* Emelkan ke
rozaisalanamy@gmail.com tajuk buku pesanan, harga dan alamat penerima.
* Masukkan bayaran ke akaun 16010000581108 (CIMB) atas nama PUTIH RONA DAGANG.
* Buku akan diposkan ke alamat penerima sebaik sahaja pembayaran disahkan oleh pengendali toko.
* Sebarang rundingcara, sila hubungi 013-3544889 (Ros)

____________________________________________________________

Wednesday, January 13, 2010

TEATER MELAYU

Kamaluddin Abd. Rahman, Teater Melayu: Suatu Risalah Pemikiran Melayu. 2007. Kuala Lumpur: DBP.

Halaman: 230 * Kulit Nipis * Tebal: 1.2 sm

Bukan senang untuk menatap putih rona kehidupan dalam zaman tiga serangkai. Semua ini dapat dirasai dalam sebuah buku. Bagaimana bangsa Melayu membuat percaturan di atas pentas? Terserlahkah pemikiran di sebalik ekspresi wajah. Berjayakah karyawan dalam tiga zaman mementaskan kehidupan, dan berjayakah mereka membawa khalayak kepada pentas yang sebenar di "sana"? - pengendali tokobukumaya

"Zaman Realisme (1960-an), zaman Bangsawan (1870-an) dan zaman Sandiwara (1900-an) adalah zaman tiga serangkai yang saling berkaitan di antara satu dengan yang lain. Setiap zaman mengalami perkembangan dan perubahan berikutan pengaruh corak hiburan dari luar, namun orang Melayu masih boleh menerima arus perubahan ini walaupun terpaksa merombak corak persembahan dari zaman sebelumnya. Walaupun demikian, penggabungan ketiga-tiga zaman ini telah cuba disepadukan oleh orang Melayu berasaskan perubahan proses pemikiran orang Melayu itu sendiri. Turut dikupas ialah struktur masyarakat orang Melayu, agama dan kepercayaan serta politik mereka dalam usaha menyelami bukan sahaja pemikiran tetapi juga sikap orang Melayu terhadap perkembangan teater tanah air sehingga kini."

Harga Jualan: RM 20.00
Harga tokobukumaya: minimum RM 15 (pernah dimiliki, telah dibelek dan tandatangani oleh seorang penulis skrip.)

2 comments:

  1. Salam dan tahniah atas kelahiran blog berasaskan e-dagang. bagaimana pun beberapa ciri harus dipertingkatkan untuk lebih menarik. Jangan lupa promosi, kalau perlu boleh buka FB. e-mail juga mampu menolong.

    teruskan usaha & tingkatkan keupayaan.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  2. jurnal alam,
    Terima kasih atas ucapan dan cadangan membina. Semoga tuan terus memberi komen.

    ReplyDelete